Berjeda Seketika… Mencari Ketenangan

Oleh: Pena Putera | Penulis Malaysia |

Kerana peristiwa yang lalu,Sharifah Ilyana mula bertawar hati untuk jatuh cinta lagi.Dia memilih untuk bercuti di Langkawi untuk menenangkan hatinya dan fikirannya.Dia memasukkan baju-baju ke dalam beg serta pakaian-pakaian lain dan beberapa keperluan.
Ilyana membawa beg itu keluar dari biliknya.Dia menarik beg beroda itu ke ruang tamu.
“Umi,abah”panggil Ilyana,bernada lembut.

“Iya,sayang”Sharifah Rozita atau Puan Rozita,merupakan ibu kepada Ilyana.Dia amat menyayangi Ilyana kerana Ilyana lah satu-satunya anak dia dan suaminya yang ada.
“Umi”dia menyalami tangan ibunya.Kemudian,dia menuju abahnya,Encik Ridzuan dan menyalami tangan Encik Ridzuan.
“Jaga diri baik-baik.Jangan cari masalah dekat sana”pesan Encik Ridzuan kepada anaknya.
“Baik,abah”dia menuju ke muka pintu dan menyarung kasut tumit.
“Abah,umi.Ilyana pergi dulu ya”Puan Rozita dan Encik Ridzuan menggangguk.Puan Rozita mengusap rambut anaknya.
“Jaga diri baik-baik.Nanti,kalau ada apa-apa,call umi dengan abah ya.Lagi satu,ingat pesan abah tadi”Umi memberi nasihat.Ilyana menggangguk.Mujurlah ada orang tua yang amat menyayanginya.
“Teksi dah sampai tu,Ilyana pegi dulu ya”teksi mula tiba di depan perkarangan rumahnya.Puan Rozita dan Encik Ridzuan menghantar Ilyana dengan pandangan mata.Sejurus Ilyana memasuki teksi itu,teksi itu bergerak menuju ke destinasi.Ia semakin hilang dari pandangan mata umi dan abah Ilyana.
*********************
“Akhirnya,tiba juga aku di Langkawi”kata Ilyana bersemangat.Dia kini di hadapan Lapangan Terbang Langkawi menanti teksi untuk ke hotelnya.Perjalanan dari KLIA menuju ke Lapangan Terbang Langkawi tidaklah memakan masa yang lama.Tetapi,agak penat menguruskan hal pernebangannya tadi.Dia menahan teksi yang menghampirinya.Akhirnya,teksi itu berhenti tetapi..
“Maaf ya!”seorang lelaki memasuki teksi itu dan meninggalkan Ilyana yang berdiri di situ.
“Apa?Hei,itu teksi akulah!”aku yang tahan,kau yang naik.Ishh,geramnya.
Ilyana menhan lagi satu teksi.Dia cepat masuk ke dalam teksi itu takut peristiwa tadi berulang.Dia baru teringat,beg pakaian.
“Cik,beg itu letak dalam bonet belakang”ahh.Malunya.Ilyana dan pemandu teksi itu keluar dari teksi.Pemandu teksi itu meletakkan beg pakaian Ilyana ke dalam bonet teksi.
“Maaf ya”Ilyana meminta maaf.Malu rasanya.
“Tak apa cik”
********************
Ilyana turun dari teksi itu dan mengambil beg pakaianya dari pemandu teksi itu.Pemandu itu segera masuk ke dalam perut teksi dan hilang dari pandangan mata Ilyana apabila ia bergerak mencari penumpang seterusnya.Ilyana memasuki hotel itu.
“Ya cik,ada apa boleh saya bantu?”tanya penyambut tetamu itu.
“Saya ada buat tempahan bilik beberapa hari yang lepas”
“Boleh saya tengok kad pengenalan cik?”Ilyana menyerahkan kad pengenalannya kepada penyambut tetamu itu.
“Ini kunci bilik cik.Bilik cik nombor 201 di tingkat 4″kata pengambut tetamu itu.Ilyana mengucap terima kasih kepada penyambut tetamu dan dibalas sama-sama oleh penyambut tetamu itu.
“Wau,lawanya”Ilyana memuji apabila dia memasuki bilik itu.Dia segera menuju ke katil melompat-lompat dengan riang.
“Bestnya duduk sini.Wuuhuu”Ilyana melompat ke atas katil dan rebah terbaring.
“Nak buat apa,ya?”Ilyana berfikir.
“Aku pergi jalan-jalan dulu.Tapi,kena bersiaplah”Ilyana segera bersiap-siap.Dia mengemaskan pakaiannya ke dalam almari pakaian.Kemudian,dia menjuj ke bilik air untuk membersihkan diri dan menyegarkan badannya.
*********************
Ilyana berjalan-jalan di pinggir kota.Dia juga kerap mengambil gambar pemandangan di situ.Sedang dia berjalan-jalan,dia terlanggar dengan seseorang lelaki.
“Maafkan saya,encik”Ilyana tergopoh-gopoh berdiri sambil cuba meminta maaf.
“Lain kali tu.Tengoklah depan”tegur lelaki itu.Dia bingkas bangun.
Mereka berpandangan sesama sendiri.’Kejap’kata hati Ilyana.
“Awak?”mereka berkata serentak.
“Eh,awakkan yang naik teksi saya tahan tu kan?”tanya Ilyana dengan nada marah.
“Oh.Awaklah yang tahan teksi tu.By the way,thanks”lelaki itu berterima kasih.
“No thanks,ecspecially for you.Kenapa awak naik teksi tu suka hati awak ha?”lelaki itu tersengih.Ishh,mamat ni.Tersengih-sengih.Jawab je lah.
“La.Itu bukan teksi keluarga awak pun.Saya boleh naikkan?”jawapan dia,memang bukan minta cili,minta air tawar terus.Menyakitkan hati.Bak kata lagu,sakitnya tuh di sini,di dalam hatiku.
“Amboi,mulut awak.Memang tak ada insurans betul”
“Siapa kata mulut saya tak ada insurans.Tiap-tiap bulan saya bayar insurans.Bukan untuk mulut je,semua sekali tau”
“Oh ya ke.Haha.Kisah pulak saya.Janji,insurans awak bukan guna duit saya,Encik Mulut Berinsurans”Ilyana meninggalkan lelaki itu.Dia gembira kerana menang dalam pertandingan lawan mukut sebentar tadi dengan lelaki itu.
*****************
“Arghh.Letihnya”dia merebahkan diri di atas katil.Penat seharian berjalan-jalan di pinggir bandar Langkawi tadi.Ilyana ingat,esok hari dia ingin pergi ke Dataran Langkawi.Lepas tu,pergi situ,pergi sini.Akhirnya,mata Ilyana terlelap.
************
Ilyana menaiki teksi menuju ke Dataran Langkawi.Tibanya di sana,dia tidak mensia-siakan peluang mengambil gambar disana.Pemandangannya begitu indah dan sememangnya ramai pelancong di dataran itu.Setelah penat berjalan-jalan,dia duduk di sebuah bangku.Melihat orang lalu-lalang,sudah pun menunjukkan Pulau Langkawi ini sememangnya tumpuan pelancong dari dalam atau luar.
“Ya,pa.Daus mungkin balik dalam dua tiga hari ini”kata seorang lelaki melalui telefon yang mengambil tempat duduk di sebelah Ilyana.Ilyana memandang sebelahnya.Kejap,dia lagi!
“Waalaikumussalam”lelaki itu menyimpan telefonnya.Dia memandang sebelah tempat duduknya.Terkejut dia melihat gadis itu ada di sebelahnya.
“Hai,Encik Mulut Berinsurans”sapa Ilyana.Sengaja menggunakkan gelaran itu untuk menyakitkan hati lelaki itu.Kemarahannya terhadap lelaki itu masih belum reda.
“Eh.Awak rupanya.Ingatkan pontianak manalah siang-siang ni”lelaki itu pula cuba menyakitkan hati Ilyana.
“One more.I have my name.My name is Firdaus”beritahu lelaki itu tentang namanya,Firdaus.
“Ohh.So,saya kena panggil apa ya?Maybe,saya patut panggil awak Encik Firdaus Bermulut Insurans tak pun ringkasnya,Encik FBI,kan?”perempuan ni,nak juga nama mulut insurans ni.
“Kalau macam tu.Saya panggil awak,Cik Bermulut Manis.Boleh?”kata Firdaus a.k.a Encik FBI.
“Kenapa pulak ya,Encik FBI..Nama saya ialah Ilyana.Bukan Cik Bermukut Manis.Ok.So,I want to know your reason”
“Sebab mulut awak tu,macam gula.Makin banyak awak cakap,boleh dapat sakit saya”selamba lelaki itu berkata.
“Whatever.Anyway,saya sangat berterima kasih sebab beri gelaran tu pada saya,Encik FBI”Ilyana meninggalkan Firdaus.Geramnya.Suka hati dia bagi gelaran dekat orang.Ok,fine.Kali ini dia menang.
*************************
Ilyana membuka laptopnya.Dia membuka laman facebook melalui laptopnya.Dia melihat suapan berita.Ada beberapa kali dia menekan butang ‘like’.Namun,tiada pun kiriman yang menarik perhatiannya untuk komen.
Dia teringat,kerana facebook,dia tahu kecurangannya kekasih hatinya dahulu.Sewaktu dulu,ada permintaan rakan dari akaun facebook seorang perempuan.Dia menerima permintaan rakan itu.Dia membaca kiriman pemilik akaun facebook itu.Betapa terkejutnya dia,melihat gambar pemilik akaun itu,yang merupakan seorang perempuan memuat naik gambarnya dengan kekasih hatinya sedang bermesra.
Bukan itu sahaja,kiriman-kiriman yang lain turut memedihkan bila ada tertulis”with my love”.Ilyana cuba meminta penjelasan dari bekas kekasihnya.Izwan dan ternyata benar setelah Izwan mengaku segalanya.Hatinya hancur luluh kerana lelaki yang amat dia cintai.Semenjak kejadian itu,hatinya tertutup untuk mencintai lelaki yang bukan ahli keluargannya.
“Laparnya”perut Ilyana menggeroncang.Tanda lapar.Ilyana lantas menutup laptopnya dan mengambil beg untuk keluar mencari makan.
*************
Ilyana mengambil tempat duduk di dalam sebuah restoran.Setelah memesan makanan,dia mengambil telefonnya.Bermain-main dengan telefonnya menunggu hidangan tiba.
“Hai,Cik Mulut Manis or should i call you Cik MM?”Ilyana memandang lelaki yang menyapanya.Mamat FBI ni lagi.Ada je kat mana-mana.Shuh shuh.Firduas mengambil tempat duduk di meja Ilyana.
“Amboi,tak ajak duduk pun dah duduk”perli Ilyana.Suka-suka jer dia duduk.
“Saya ni,kalau tak dijemput pun saya duduk je.Takkanlah awak tak nak jemput saya duduk”kata Firdaus.’Hmm,memang aku tak nak jemput kau duduk pun’getus hati Ilyana.
“Wait,macam mana awak boleh ada kat sini.Awak spy saya ya?”Ilyana menyoal Firdaus.
“Entahlah.Saya tak tahu kenapa saya datang sini.Mungkin saya rasa awak ada kat sini kot.Tu yang saya datang”seloroh Firdaus.
“Lepas tu,awak nak cakap,kita ni ada jodoh lah?”teka Ilyana.
“Maybe”kaki Firdaus dipijak Ilyana.Amboi,mulut.Kalah mulut mak jemah.Jodoh konon.Tak ingin aku nak dekat kau,getus hati Ilyana.
“Sakitlah”adu Firdaus.Padan muka,puas hati Ilyana.Tidak lama itu,pelayan datang membawa hidangan.Pelayan itu juga meminta pesanan dari Firdaus.Mereka makan bersama-sama malam itu.
*************
“Awak menginap kat hotel mana ya”tanya Ilyana ketika dalam perjalanan menuju ke hotel penginapannya.Perjalanan dari restoran tadi ke hotel tidaklah jauh mana.Jadi,dia hanya berjalan kaki sahaja.
“Ha,itu hotel saya menginap tu”jawab Firdaus menunjukkan hotel yang dia tinggal.Ilyana terkejut.Hotel yang sama mereka berdua menetap.
“Saya pun menginap kat hotel tu jugak”ujar Ilyana.
“Ya ke?Nampaknya jodoh kita makin kuat ya”seloroh Firdaus.
“Encik FBI.Sebelum saya pijak kaki awak tu sampai penyek,baik awak tutup mulut tu”Firdaus segera menekup mulutnya.Bahaya juga wanita ni.Baik dia senyap.
Tiba di lobi utama hotel,mereka berhenti sekejap mengucap selamat tinggal.Mereka naik lif yang berbeza untuk ke bilik masing-masing.
******************
Entah mengapa,hati Ilyana begitu berbunga-bunga.Entah mengapa terbayang-bayang wajah Firdaus di mindanya.Dia segera melupakan segala itu.Dia mencapai telefon.
KRING!!KRING!!bunyi telefon rumah Encik Ridzuan berdering.Puan Rozita mengangkat panggilan itu.
“Assalamualaikum,umi”Ilyana memberi salam.
“Waalaikumsalam,Ilyana”Puan Rozita menjawab salam.
“Kamu sihat?”sambung bicara Puan Rozita.
“Sihat.Umi dengan abah pulak sihat?”tanya Ilyana kembali.
“Alhamdulillah,Umi sihat jer.Tapi,abah tu adalah batuk-batuk sikit”jawab Puan Rozita.
“Ya ke.Pesan kat abah tu,makan ubat”pesan Ilyana.Dia risau dengan keadaan abahnya.Semoga,baik-baik sahaja abah,doa Ilyana dalam hati.
“Abah kamu tu.Pesanlah makan ubat pun,bukannya makan.Lagi suka makan ubat herba dia beli kat farmasi tu.Tapi,dah elok dah batuk abah kamu tu”terang Puan Rozita.
Malam itu,mereka dua beranak itu bersembang panjang sebelum menghentikan perbualan pada larut malam.Ilyana mengecaj telefonnya yang mula kehabisan bateri.Dia menuju ke katil untuk tidur.Banyak perkara ingin dilakukannya esok.
*****************
Ilyana berjalan-jalan seperti kebiasaan.Dia berjalan-jalan di pinggir bandar Langkawi itu.Memandangkan itu hari terakhirnya di situ,dia ingin membeli buah tangan dan cenderahati dari Langkawi.Dia menuju ke kedai yang menjual coklat.
Ada pelbagai dalam coklat dijual di dalam kedai itu.Dia mengambil coklat pelbagai jenama.Orang kata,kalau pergi Langkawi,mesti kena beli coklat.Itu orang kata.Bukan aku.Sudah lama dia tidak pergi ke Langkawi.Kali terakhir,adalah sewaktu dia kecil.
Setelah memilih dan membayar coklat-coklat yang dipilih.dia keluar dari kedai itu.
“Hi,Cik MM”terkejut Ilyana dengan jelmaan Firdaus depan matanya.Dia lagi.Cerita ni,kalau tak ada dia tak boleh ke.Buanglah watak dia,please!!
“Encik FBI”kata Ilyana.Firdaus memandang wajah Ilyana.
“Awak cakap dengan saya sekarang”sambung kata Ilyana.
“Ya”
“Kenapa awak ada dekat mana-mana tempat saya pergi?”
“Entahlah.Maybe,jodoh?”Ilyana menahan geram.Tengok.Balik-balik,itu alasan dia.Jodoh konon.Kau ingat kau taste aku.Walaupun muka kau kacak dan maskulin,tapi kau ingat aku nak kau.Please!
“Banyaklah awak punya jodoh.Saya pun baru kenal awak tak sampai seminggu.Jodoh konon”ujar Ilyana.
“Ada apa orang kenal semalaman terus kahwin”
“Siapa?”tanya Ilyana.
“Orang yang kena tangkap basahlah”
“Eh eh.Dia orang tu dah lama kenal tapi sebab nafsu jer tu”
“Ohh.Begitu”
Ilyana segera meninggalkan Firdaus di situ.Firdaus segera mengikut Ilyana.
“Kenapa awak ikut saya?”tanya Ilyana.
“Sebab.”Ilyana menanti kata seterusnya dari Firdaus.
“Cik Mulut Manis atau Cik MM,saya dah jatuh hati dekat awak”bagai luruh hati Ilyana.Apakah aku sedang bermimpi?
“Awak ni,gila ya?”Ilyana masih tidak percaya.
“Saya tak tipu.Itulah apa yang saya rasa.Sejak hadir awak dalam hidup saya,saya rasa hati saya terbuka untuk menerima seseorang perempuan untuk mendampingi saya”jelas Firdaus.Entah bila,hatinya seakan jatuh cinta pada Ilyana.
“Maaflah.Tapi hati saya tak seperti hati awak.Hati saya belum menerima seorang lelaki bukan ahli keluarga dalam hidup saya”Ilyana meninggalkan Firdaus.Firdaus berdiri di situ dengan perasaan hampa.Dia berasa begitu kecewa.
*******************
Ilyana membuang pandang di taman tasik Langkawi itu.Air matamya mengalir.Entah mengapa,dia menolak perasaan Firdaus terhadapnya.Dia cuba berhati-hati agar perkara dahulu tidak berulang lagi.
Dia merasa diri dia begitu lembab.Dia sepatutnya terima,tapi pada masa yang sama,dia merasa dia harus menolak perasaan Firdaus.Perasaannya buntu.Lagi pula,mereka berdua baru kenal tidak sampai seminggu.Dia patut lakukan sesuatu supaya dia tidak dikecewakan lagi.
*******************
Ilyana berjalan memasuki hotel penginapannya.Dia terlihat Firdaus sedang duduk di lobi hotel.Mujurlah.Dia menuju ke arah Firdaus.
“Boleh saya duduk?”Ilyana meminta izin.
“Sofa ni bukan saya punya pun.Duduklah”Firdaus tersenyum tawar.Ilyana mengambil tempat duduk di sofa itu.
“Encik Firdaus”agak kekok dia memanggil lelaki itu dengan nama.Dia sudah biasa dengan gelaran Encik FBI terhadap Firdaus.
“Ya”balas Firdaus endah tidak endah.
“Saya dah fikir masak-masak.Mungkin,saya patut terima perasaan awak”
“Apa”Firdaus seakan tidak percaya.Betulkah apa yang dia dengar.
“Saya terima perasaan awak tapi dengan satu syarat”
“Syarat apa?”tanya Firdaus.
“Saya nak kita berkawan dulu.Lepas saya kenal hati budi awak,baru saya putuskan sama ada kita ke hubungan yang seterusnya atau kita kekal macam ni”Firdaus menggangguk tanda setuju dengan syarat Ilyana.
******************
Setelah lima bulan berkawan,pada suatu malam,Ilyana menjemput Firdaus untuk makan malam.Ilyana bersedia untuk memberitahu luahan hatinya tentang Firdaus.
Malam yang ditunggu-tunggu tiba jua.Hati Firdaus berdebar-debar.Apakah keputusan Ilyana.Adakah dia ingin melanjutkan hubungan itu ke peringkat seterusnya yang lebih serius atau hanya kekal sebagai kawan sahaja?
“Hai awak,Encik FBI”sapa Ilyana.
“Hai awak,Cik MM”Firdaus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ilyana.
“Awak pesan makanan ni?”Ilyana menggangguk bagi soalan Firdaus.
Setelah berborak panjang dan makan bersama-sama,akhirnya mereka kekenyangan.
So,Encik FBI.Are you can’t wait for my decision?”tanya Ilyana.Firdaus mengganguk.
“Baiklah.Saya dah fikir masak-masak.Saya nak kita teruskan sahaja hubungan ni”Firdaus tercengang.Biar betul.Dia fikir,Ilyana akan mencintainya.Selama lima bulan lebih mereka berkawan.Tak akan,tak ada sekelumit pun perasaan cinta Ilyana terhadap dia.
“Ok.Kalau macam itu,saya redha dengan keputusan awak”
“Thanks because understand me”ucap Ilyana.
“One more.Bila keluarga awak nak datang merisik saya?”tanya Ilyana.Soalan Ilyana membuatkan Firdaus kembali tercengang.Biar betul Ilyana ni.Tadi kata nak teruskan sebagai kawan saja.Apa yang cuba dimaksudkan Ilyana.
“Saya tahu.Mesti awak keliru.Dengar dulu ya saya cakap sampai habis.Saya nak kita teruskan hubungan ni tapi saya nak ianya terus ke peringkat yang lebih serius.Boleh kan?”Firdaus menggangguk faham.Tunggu!Ilyana terima perasaan cinta aku pada dia.Yahoo!Firdaus menjerit gembira.Orang sekeliling memandang Firdaus.
“Awak”Ilyana memberi isyarat mata supaya Firdaus duduk.Firdaus baru perasan yang dia sedang diperhat orang sekeliling.
Ilyana benar-benar bahagia.Dalam tempoh masa lima bulan lebih dia berkawan dengan Firdaus,dia dapat melihat kebaikan Firdaus.Hatinya terpikat dengan sikap Firdaus.Apapun,dia berjaya mencari ketenangan dalam hidupnya.Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan dia dengan insan yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.Maka,bermulalah kisah baru Encik Firdaus Bermulut Insurans dan Cik Mulut Manis atau Encik FBI dan Cik MM. ***

SUMBER:

http://www.penulisan2u.my/cerpen-berjeda-seketika-mencari-ketenangan/

Comments

Leave a Comment

Anda dapat menggunakan tag dan atribut HTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>